~ ANIE ADINIE ~

Monday 10 August 2015

5 perkara yang janin belajar ketika dalam kandungan


Assalamualaikum mommy-mommy..

Kehamilan tentunya lebih menyeronokkan apabila janin dalam kandungan sebenarnya mampu memberi tindak balas terhadap persekitarannya.

Janin dalam kandungan belajar terhadap pelbagai
Perkara yang berlaku di sekelilingnya untuk mengeksplorasi kemampuan pancainderanya.Ketika janin berada di trimester ketiga,otak mereka suda boleh berfungsi untuk memberi respon yang berlaku di sekelilingnya.
Antara yang janin belajar ialah makan ,bersenam, bergembira, pandai merasa dan bermimpi.


BELAJAR MAKAN
Sebaik bayi dilahirkan ,bayi akan menguasi cara untuk menghisap puting susu ibu semasa penyususan.Jika diperhatikan betul-betul ketika janin berada di usia 14-16 minggu ,foto-foto yang dirakam menerusi USG ,kita akan melihat janin sedang menghisap ibu jari atau menyuapkan ibu jarinya ke arah mulut.Gambaran sebegitu bukti bahawa janin juga belajar makan sebagai persiapan mereka apabila dilahirkan.

BERSENAM
Sewaktu berusia 20 minggu,ruang rahim yang masih luas dan janin mula membuat gerakkan yang aktif memusing ke atas dan ke bawah.Tetapi ketika berada di usia 30 ke 32 minggu janin semakin membesar dan gerakkan semakin terhad maka janin hanya akan bergerak setempat dan menendang.


BEERGEMBIRA
Sebaik sahaja jari-jari tangan lengkap terbentuk dan dapat digerakkan mengenggam dan memegang  untuk digunakkan untuk bermain dan bergembira di dalam rahim,Apabila ibu memutarkan lagu-lagu tertentu secara berulangan,setelah lahir janin akan mengenali lagu tersebut.

PANDAI MERASA
Pada usia 7 ke 8 minggu,deria rasa janin mulai terbentuk.Pembentukan lengkap akan terjadi pada usia janin ke 14 minggu.Janin mulai boleh membezakkan antara manis,pahit dan masam pada air ketuban.Jika para ibu perasan foto semasa scan kandungan gerakkan janin sedang menjulurkan lidahnya untuk menjilat uri dan danding rahim.

BERMIMPI
Pada usia janin ke 24 ke 30 minggu,janin mulai bermimpi.Janin bermimpi adalah proses persediaan janin untuk berhadapan dengan kehidupan selepas di lahirkan.

Pengambilan makanan bergizi seperti karbohidrat ,lemak ,protein ,vitamin dan mineral membantu perkembangan otak bayi.Elakkan tekanan ketika kehamilan kerana ia akan menganggu perkembangan otak bayi,sering berkomunikasi dengan janin.Janin berusia 26 minggu suda mulai mendengar.Oleh itu ,Semasa kehamilan  kita kena jaga tingkah laku serta perbuatan kita kerana janin mampu merasa yang berlaku disekelilingnya.


No comments:

Popular Posts

Translate