~ ANIE ADINIE ~

Wednesday 12 August 2015

Cara tarik minat anak makan sayur-sayuran

Assalamulaikum mommies-mommies


Anak-anak dan sayur umpama musuh,takut dan tidak suka pada sayur-sayuran.Walaupun sering kita ingatkan bahawa sayur-sayuran sangat penting untuk membantu pertumbuhan tumbesaran mereka.Apa yang penting kita sebagai ibu bapa mereka haruslah memainkan peranan penting menjadi lebih kreatif untuk menarik minat anak untuk makan sayur-sayuran.


MASAK BERSAMA ANAK-ANAK
Bawa anak untuk memasak bersama,memberikan peluang untuk anak membantu dan melihat proses memasak.Meminta mereka untuk memotong atau memetik sayuran-sayuran untuk di masak ini akan membuat mereka untuk tertarik untuk mencuba merasa menu yang mereka sediakan.



MEMBELI SAYUR BERSAMA
Rajin bawa anak ke pasar untuk membeli sayur,dan memberikan pelung mereka untuk memilih dan membeli sayur yang mereka suka.Sekembalinya di rumah,anak-anak akan lebih teruja untuk mencuba makan hasil pilihan mereka

BUAT RESEPI BARU
Boleh buat resepi baru untuk anak-anak ataupun ubah resepi kegemarannya dengan menambah sedikit sayuran.Jika anak-anak suka pada sup ayam kita cuba letakkan sedikit hirisan lobak dan potongan sawi atau boleh buatkan sandwich keju dengan sayur salad.


MENU WARNA-WARNI
Menu yang berwarna-warni akan menarik lebih minat anak-anak untuk mencuba,Anak-anak lebih suka sesuatu yang berwarna-warni.Hasilkan minuman dari buah-buahan atau sayur-sayuran dengan pelbagai warna.
BERKEBUN BERSAMA
Bercucuk tanam bersama anak menjadikan aktiviti yang sangat menarik bagi anak-anak.Ini  juga akan menarik minat anak untuk mencuba hasil tanaman mereka.semasa bercucuk tanam bersama anak-anak,ceritakan khasiat sayur-sayuran yang kita tanam dan menu yang sedap untuk d cuba,pastinya anak-anak tidak sabar-sabar untuk menunggu hasil tanaman mereka besar dan mahu mencubanya.

MEMUJI ANAK MAKAN SAYURAN
Memberi pujian kepada anak kita selepas memakan sayur.Memuji mereka semakin membesar dengan sihat atau memuji mereka suda pandai makan lebih sayur,ini akan membuatkan mereka lebih mudah untuk mencuba pelbagai jenis menu sayuran.



Sebagai ibu bapa kita haruslah memainkan peranan pentng untuk menarik lebih minat anak kita untuk makan lebih sayur.Jangan terlalu manjakan anak kita dengan makanan ringgan malah kita lebihkan anak untuk mengambil makanan yang lebih bergizi.


No comments:

Popular Posts

Translate