~ ANIE ADINIE ~

Wednesday 5 August 2015

Panduan memilih kasut untuk wanita hamil



Assalam semua mommy..

Memasuki trimester kedua,perubahan fzikal ibu hamil yang ketara dapat dilihat iaitu pada bahagian perut yang semakin membesar malahan saiz kaki juga akan berubah oleh itu pemilihan kasut yang sesuai dipakai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.Pemilihan kasut haruslah yang sangat selesa untuk ibu hamil.

Antara faktor yang harus di ambil berat ketika pemilihan kasut ialah:

KESELAMATAN
Menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyi tapak yang tidak licin bagi mengelakkan ibu hamil dari tergelincir semasa berjalan.Mempunyai tapak kasut yang licin sememangnya mengancam nyawa ibu dan janin.

FLAT DAN TIDAK BERTUMIT
Pemilihan kasut flat sangat sesuai kerana ia boleh digunakan sehingga ibu hamil berada di trimester ketiga.Kasut jenis flat sangat selesa dan selamat.Elakkan memakai sebarang kasut bertumit kerana perut yang semakin memboyot akan menyukarkan kita untuk membalancekan badan ketika berjalan.

SAIZ YANG TEPAT
Memilih kasut jangan terlalu sempit dan jangan terlalu longgar.Berikan juga ruang jari-jari kaki untuk bergerak.Kaki ibu hamil cepat membengkak,jika pemilihan kasut adalah sempit, itu akan menyukarkan lagi ibu hamil untuk berjalan.

TIDAK BERTALI

Memilih kasut tanpa bertali.Semakin besar kandungan semakin sukar untuk ibu hamil untuk memakai kasut yang bertali kerana kandungan semakin  sarat.


Pemilihan kasut yang sesuai memudahkan lagi pergerakkan ibu hamil,Kehamilan tidak menghadkan pergerakkan ibu hamil..ibu hamil masih boleh mencuba pelbagai jenis penampilan seperti sebelum hamil tetapi  menitik beratkan juga kasut yang sesuai semasa kehamilan.

Semoga ia bermanfaat untuk semua para ibu hamil..
Panduan memilih kasut yang sesuai..

No comments:

Popular Posts

Translate