~ ANIE ADINIE ~

Showing posts with label ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK. Show all posts

Saturday, 15 August 2015

Tingkatkan daya fokus anak

Assalamualaikum semua :)



Anak kita sangat sukar untuk fokus,dan waktu fokus mereka hanya sekitar dalam 2-3 minit sahaja.Oleh itulah sebab anak kecil kita sangat sukar untuk di ajak membaca buku atau duduk diam.

Situasi sebegini sebenarnya normal di kalangan anak kecil,tetapi sebaiknya harus di latih sejak dari kecil lagi supaya tidak terbawa-bawa sehingga dewasa.Sebenarnya untuk meningkatkan daya fokus mereka kita perlulah mempunyai skill.Cuba pelbagai permainan yang membantu meningkatkan daya fokus mereka.Selain permainan untuk meningkatkan daya fokus anak kecil kita,sebagai ibu bapa kita harus memainkan peranan lebih lagi untuk meningkatkan daya fokus mereka.

TIPS MENINGKATKAN DAYA INGATAN
1.Hadkan menonton television.Menonton terlalu kerap akan mengurangkan daya fokus anak kita,dengan pelbagai rancangan yang di tonton akan menganggu perhatian mereka.

2.Jangan lupa bersarapan.Pastikan jangan lupa anak mengambil sarapan pagi,kajian membuktikan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi,lebih fokus dan lebih pantas memperlajari sesuatu.

3.Galakkan anak untuk mempunyai hobi dan sering melakukan hobinya.

4.Ajak anak membaca bersama.Mungkin di awalnya ada sedikit meragam dan tidak duduk diam tapi lama-kelamaan ia akan suka untuk membaca,pilih buku yang menarik perhatiannya.

5.Bina permainan yang menarik minat anak.Mengunting,mewarna ,suai padan dan pemainan-permainan yang menarik  minat anak kita.

6.Amalkan pemakanan sunnah dan berkahsiat seperti kismis,kekacang ,kurma ,madu  dan sayur-sayuran.

7.Amalkan pengambilan vitamin.Pengambilan vitamin Omega guard shaklee secara konsisten.Omega guard shaklee kaya dengan omega 3 yang kaya DHA dan EPA yang sangat membantu dalam perkembangan otak anak kita.



TESTIMONI 

"Selepas mengamalkan omega guard kini anak puan Shida rajin belajar,cepat faham dan mulut tak reti duduk diam asik mengeja je,pada mulanya anaknya sukar serius dan lambat menghafal dalam pembelajaran"

---------------------------------

PEMBELIAN ,PERTANYAAN DAN KONSULTASI PERCUMA 

NAMA FB : ANIE ADINIE 
ID : 950762
SMS/WHATAPP : 010-7907731
EMAIL : ADINIE_MZ@YAHOO.COM


Wednesday, 12 August 2015

Cara tarik minat anak makan sayur-sayuran

Assalamulaikum mommies-mommies


Anak-anak dan sayur umpama musuh,takut dan tidak suka pada sayur-sayuran.Walaupun sering kita ingatkan bahawa sayur-sayuran sangat penting untuk membantu pertumbuhan tumbesaran mereka.Apa yang penting kita sebagai ibu bapa mereka haruslah memainkan peranan penting menjadi lebih kreatif untuk menarik minat anak untuk makan sayur-sayuran.


MASAK BERSAMA ANAK-ANAK
Bawa anak untuk memasak bersama,memberikan peluang untuk anak membantu dan melihat proses memasak.Meminta mereka untuk memotong atau memetik sayuran-sayuran untuk di masak ini akan membuat mereka untuk tertarik untuk mencuba merasa menu yang mereka sediakan.



MEMBELI SAYUR BERSAMA
Rajin bawa anak ke pasar untuk membeli sayur,dan memberikan pelung mereka untuk memilih dan membeli sayur yang mereka suka.Sekembalinya di rumah,anak-anak akan lebih teruja untuk mencuba makan hasil pilihan mereka

BUAT RESEPI BARU
Boleh buat resepi baru untuk anak-anak ataupun ubah resepi kegemarannya dengan menambah sedikit sayuran.Jika anak-anak suka pada sup ayam kita cuba letakkan sedikit hirisan lobak dan potongan sawi atau boleh buatkan sandwich keju dengan sayur salad.


MENU WARNA-WARNI
Menu yang berwarna-warni akan menarik lebih minat anak-anak untuk mencuba,Anak-anak lebih suka sesuatu yang berwarna-warni.Hasilkan minuman dari buah-buahan atau sayur-sayuran dengan pelbagai warna.
BERKEBUN BERSAMA
Bercucuk tanam bersama anak menjadikan aktiviti yang sangat menarik bagi anak-anak.Ini  juga akan menarik minat anak untuk mencuba hasil tanaman mereka.semasa bercucuk tanam bersama anak-anak,ceritakan khasiat sayur-sayuran yang kita tanam dan menu yang sedap untuk d cuba,pastinya anak-anak tidak sabar-sabar untuk menunggu hasil tanaman mereka besar dan mahu mencubanya.

MEMUJI ANAK MAKAN SAYURAN
Memberi pujian kepada anak kita selepas memakan sayur.Memuji mereka semakin membesar dengan sihat atau memuji mereka suda pandai makan lebih sayur,ini akan membuatkan mereka lebih mudah untuk mencuba pelbagai jenis menu sayuran.



Sebagai ibu bapa kita haruslah memainkan peranan pentng untuk menarik lebih minat anak kita untuk makan lebih sayur.Jangan terlalu manjakan anak kita dengan makanan ringgan malah kita lebihkan anak untuk mengambil makanan yang lebih bergizi.


Tuesday, 11 August 2015

Cara elakkan gigi anak dari cepat ronggak

Assalamualaikum :)



Kerosakkan gigi sering terjadi di kalangan kanak-kanak,tidak hairanlah kerosakkan gigi bermula pada usia 2 tahun.Namun ia dapat di elakkan dengan mudah dengan beberapa cara.Antaranya :

PERIKSA GIGI
Biasakan membawa anak ke klinik gigi agar tidak takut pada doktor gigi.Biar anak kecil kita dapat tahu tentang kesan buruk malas gosok gigi,makanan manis, dan sebagainya yang boleh merosakkan gigi mereka.

ELAKKAN TIDUR DENGAN BOTOL SUSU
Sebelum tidur mesti ada antara anak-anak yang suka menyusu botol.Untuk elakkan gigi berlubang mommies-mommies boleh tukarkan kepada air putih atau elakkan dari botol susu ada di mulut anak kita semasa tidur.

SEDIAKAN BERUS GIGI
Ketika gigi anak mulai tumbuh,kenalkan berus gigi kepada anak kita,biasakan anak untuk mengunakkannya.Tunjukkan waktu-waktu yang sesua untuk berus gigi untuk biasakan anak kita.

JAUHI MAKANAN MANIS
Semua anak-anak sukakan makanan manis tetapi jika boleh elakkan makanan manis dari anak kita.Makanan manis yang melekat pada gigi sangat berisiko gigi cepat berlubang.


Popular Posts

Translate