~ ANIE ADINIE ~

Thursday 27 April 2017

JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga,  mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

#Anie_0107907731
#Motivasi_AnieAdinie

Pencarian bisnes partner

MISI MENCARI BIZ PARTNER !!!
--------------------------

Sy mengalu-alu anda join sy masuk dalam team #Uperich 😍
Dan team2 yang sentiasa hebat #Reussi #Polluxfamily #Ireach

Kelebihan join bersama kami ialah:

🌟Biz shaklee boleh dilakukan secara Online & offline dengan bantuan MENTOR.

🌟Berpeluang mendapat bonus bulanan,dan anda sendiri yang tentukan bonus bulanan anda

🌟Mendapat untung runcit setiap jualan 5% -21%

🌟Berpeluang join group shaklee yang kan didedahkan rahsia-rahsia bagaimana menjalankan bisnes shaklee

🌟Group yang sentiasa support

🌟Ramai Berkongsi pengalaman & kejayaan bangun dan jatuh dalam bisnes shaklee ..Syukur semua share berita kejayaan ..

🌟Tak perlu maintain point untuk kekal dalam team shaklee.Kecuali mau dapatkan bonus 👍👍

🌟Berpeluang menikmati bonus2 shaklee
(Cash bonus,car bonus & convention bonus)

🌟Bisnes semua di hujung jari..belian produk tanpa perlu pergi branch tetapi hanya melalui belian on9 pun boleh.

🌟Paling best modal yang sangat RENDAH,tanpa perlu keluar ribu2 untuk dapat keuntungan ribu2..tetapi modal Rm69 sahaja pun mampu membantu anda dapat bonus maximum 😍

Hebatkan join bisnes kami ?
Mesti ramai yang nak join tapi malu nak tanya2 sis kan ?
Alah wat apa mau malu ,sis sentiasa bantu dan sedia menjawab soalan2 anda 😍

Berminat nak sertai team #Uperich ?
Sms/wasap 0107907731

Popular Posts

Translate