~ ANIE ADINIE ~

Tuesday 4 August 2015

5 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan ketika kehamilan



Salam semua bakal ibu-ibu

Memiliki bayi yang sihat adalah harapan kepada semua ibu, dan pelbagai usaha ibu hamil untuk menjaga kandungan sehingga bersalin.Makanan dan minuman ada juga yang mempengaruhi janin.Makanan dan minuman yang harus  ibu hamil elakkan adalah seperti 

MAKANAN MENTAH 
Elakkan makan makanan mentah seperti sayuran ,ikan dan daging.Makanan mentah mempunyai kandungan bakteria dan virus yang akan menganggu  perkembangan janin apatah lagi ia sering di ambil ketika di awal kandungan yang akan menyebabkan risiko keguguran.



IKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI
Ikan laut antara makan yang sesuai untuk ibu hamil kerana kandungannya kaya dengan  sumber protein dan DHA yang di perlukan untuk perkembangan dan mencergaskan otak janin.Tetapi tidak semua ikan itu baik pada ibu hamil,ikan yang bermerkuri tinggi seperti mackerel atau ikan todak harus di elakkan kerana takut kandungan merkurinya akan menganggu perkembangan otak dan sistem saraf janin.


ALKOHOL
Alkohol sangat di larang oleh ibu hamil kerana alkohol ketika kehamilan alkohol akan menjadi racun kepada janin.Alkohol berpengaruh kepada perkembangan otak janin dan selepas kelahiran bayi akan berisiko tinggi pada masalah IQ.



KAFIEN
Kafien banyak kandunganya di dalam kopi dan teh,minuman berkafien tidak sesuai di ambil oleh ibu hamil.Hasil dari kajian pakar,ibu hamil yang mengambil minuman berkafien ketika kehamilan akan mengakibatkan bayi lahir dengan berat badan yang kecil.


PEMANIS TIRUAN
Ibu hamil sangat tidak di galakkan untuk mengambil pemanis tiruan kerana ia sangat tidak bagus kepada kesihatan pada janin.Sebaiknya ibu hamil di syorkan untuk makan manis-manis hanya dengan buah-buahan segar yang manis,ianya lebih sihat dan kandungan mendapat nutrisi lebih dari buah-buahan segar.

Elakkan 5 jenis makanan dan minuman yang akan menganggu perkembangan dan kesihatan janin.
Sebenarnya ada banyak lagi makanan dan minuman yang tidak baik yang harus di elakkan oleh ibu hamil.Apapun berdoalah selalu agar diberikan kandungan yang sihat. Allah maha mendengar..

No comments:

Popular Posts

Translate