Assalamualaikum~

kehamilan.sembelit , tips

Sembelit adalah perkara biasa yang sering berlaku pada wanita hamil.Tetapi tahap sembelit ialah berbeza-beza,Ada yang beberapa hari suda tidak membuang air besar dan ada yang najis keras.

Antara faktor menyebabkan sembelit adalah kerana kurang pergerakkan fizikal,pengambilan makanan yang kurang serat dan juga masalah sembelit disebabkan oleh tekanan oleh uterus ibu yang semakin membesar ke atas rektum,serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman.

Tips untuk mengurangkan sembelit pada wanita hamil:

1.Minum air yang mencukupi 6-8 gelas sehari.

2.Minum air suam segelas sebaik bangun juga membantu pembuangan d waktu pagi 

3.Makan makanan yang banyak serat seperti cereals,beras perang ,kekacang,sayur-sayuran dan buah-buahan.

4.Melakukan senaman ringgan seperti berjalan,berenang, menunggang basikal dan yoga. Senaman ini membantu mengurangkan sembelit selain itu membuatkan wanita hamil lebh cergas.

5.Displinkan diri untuk membuang air besar seawal pagi.Bila suda biasa membuang air besar setiap pagi tentu ia menjadi amalan yang biasa.

6.Amalkan pengambilan suplemen OSTEMATRIX dari shaklee,Ostematrix berfungsi untuk melembutkan najis.Selain tu,Ostematrix sangat membantu mengatasi masalah lenguh-lenguh badan,kekejangan ,sakit pinggang dan ostematri juga membantu wanita hamil mendapatkan tidur yang lena.

Masalah sembelit tidak berbahaya kepada wanita hamil tetapi ia boleh membuatkan wanta hamil berasa tdak selesa dan berisiko untuk mendapatkan masalah buasir.