~ ANIE ADINIE ~

Friday 28 August 2015

10 jenis buah yang sangat sesuai untuk wanita hamil dan kebaikkannya

Assalamualaikum mommies-mommies ...


kehamilan ,buah-buahan

Kehamilan waktu yang sangat bahagia oleh seorang ibu menunggu kehadiran orang baru.Berbagai cara dilakukan seorang ibu agar kandungannya sentiasa sihat.Oleh itu,Sewaktu hamil makanan berkhasiat sangat penting untuk membantu menambahkan vitamin dan kahsiat ke dalam badan.Dari makan snek-snek serta makanan ringgan apa kata cuba untuk lebihkan memakan buah-buahan.Buah-buahan bukan sahaja kaya dengan pelbagai khasiat serta serat,ia sangat di perlukan dalam badan

Beberapa jenis buah-buahan yang sesuai untuk wanita hamil serta kebaikkannya adalah:


BUAH EPAL
Buah Epal mempunyai rasa yang agak lazat.Buah epal juga kaya kandugan vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan vitamin C.Kebaikkannya untuk membantu mensihatkan tubuh badan ibu hamil.



BUAH NAGA 
Dengan namanya yang unik ia menjadi sangat popular di kalangan masyarakat.Di sebalik namanya dan betuknya yang unik ia mempunyai beribu khasiat untuk kesihatan tubuh wanita hamil.


ANGGUR
Buahnya yang kecil,biji yang kecil dan rasa yang agak manis sebenarnya kaya akan antioksidan yang mampu mencegah dar kanser pada tubuh manusia.Buah anggur juga terkandung polifenol dan resveratol yang ternyata membantu melancarkan metabolisme tubuh sangat membantu memberikan lebih tenaga pada ibu hamil.


STRAWBERRY
Buah strawberry ni berwarna merah,rasa masam dan ada juga yang manis.Buah strawberry mengandungi vitamin C,vitamin K ,B5 dan B6.Buah strawberry ini membantu menyegarkan dan mencantikkan kulit, ia juga merangsang nafsu makan ibu hamil dan mencegah bayi lahir preamatur atau lahir cacat.Sesuai di ambil ketika kandungan berada di trimester 1.


JAMBU AIR
Kandungan yang ada pada jambu air ini dipercayai mampu memberikan manfaat bagi ibu hamil untuk membantu melancarkan pencernaan dan menstabilkan sel darah putih.Kandungan vitamin A,C dan juga airnya membantu mengatasi dehidrasi.




BUAH CERI
Buah ceri sama juga saiz dengan buah anggur,namun teksturnya lebih lembut dan rasanya manis.Buah ceri mengandungi vitamin 20 kali ganda berbanding epal.Buah ceri membantu melancarkan perncernaan dan membantu memutihkan dan menyihatkan kulit bayi.




BUAH KURMA
Buah kurma adalah makanan sunnah,Ia mengandungi serat yang agak tinggi.Kandungan Zat besi pada kurma membantu meningkatkan kadar hemologin dalam tubuh ibu hamil.Sangat sesuai ibu hamil amalkan makan setiap hari kerana semasa kehamilan sering anemia.Kurma juga mampu menguatkan dinding rahim.Di akhir trmester ibu hamil harus sentiasa amalkan makan kurma kerana membantu memberikan lebih tenaga dan melancarkan proses kelahiran.




BUAH PISANG 
Pisang kaya dengan sumber vitamin B,C, kalium dan serat.Vitamin B6 yang ada pada psang membantu mempercepatkan pembentukan sel-sel darah merah serta membantu mengembangkan otak dan saraf bayi.Pisang membantu memperbaiki pencernaan juga mencegah sembeli.Di awal trimester sangat digalakkan kerana ia mampu membantu mengatasi masalah mual.




MANGGIS
Manggis memiliki kandungan vitamin C yang berperanan untuk menjaga stamina tubuh samasa kehamilan.Vitamin C juga akan berfungsi untuk menjaga elastisitas kulit yang diakibatkan pertumbuhan janin yang terus membesar.Asid folid yang terkandung dalam manggis membantu mencegah bayi lahir cacat.




MANGGA
Mangga adalah buah yang sangat digemari oleh wanita hamil.Mangga mampu membantu mencegah anemia,membantu melancarkan dan mengawal peredaran darah.Mangga juga mempunyai enzim yang dapat meningkatkan percernaan dan mencegah rasa mual.

Sebenarnya masih banyak lagi buah-buahan yang bagus untuk ibu hamil,tetapi hanya ini sahaja buah yang sy kongsikan dengan anda semua.Boleh pilih ikut selera dan kemahuan kita semasa hamil ni.Ketika kehamilan ini pastinya selera sering berubah-ubah.Semoga ia membantu semua ibu-ibu hamil untuk dapat lebih sumber vitamin dan khasiat melalui buah-buahan pilihan hati.

"Semoga ibu dan janin sentiasa sihat"

Sharing with love by:

Thursday 27 August 2015

6 tanda awal kehamilan.

Assalamualaikum semua :)


Semua pasangan berkahwin pastinya mahukan zuriat,akan tetapi ramai wanita tidak mengambil tahu tentang tanda-tanda yang sering berlaku di awal kehamilan.Antara tanda-tanda awal kehamilan:


LEWAT DATANG HAID 
Jika biasanya kitaran haid anda teratur,dan jika tiba ia tidak teratur anda harus lakukan ujian kehamilan.Suda umumnya jika lewat datang haid ada berkait rapat dengan kehamilan.


MORNING SICKNESS
Rasa mual dan muntah sering berkaitan rapat dengan kehamilan umumnya.Dan ia akan berlanjutan selama beberapa minggu di awal kehamilan dan ia mungkin sering berlaku pada setiap pagi atau ia berlaku sepanjang hari.

MUDAH LETIH
Di awal kehamilan ini juga wanita sering mudah lelah.Hormon progeseter yang tinggi membuatkan wanita hamil lebih cepat keletihan,biasanya wanita akan menujukkan ciri bermalasan-masalan di tempat tidur.


PAYUDARA BENGKAK 
Seperti kebiasaan waktu hamil waktu haid,payudara wanita juga akan membengkak tetapi sewaktu hamil perkara sama juga akan berlaku dan ketika kehamilan ia akan lebih bengkak dan sakit.

KERAP BUANG AIR KECIL
Wanita hamil akan menghasilkan hormon HCG yang menyebabkan anda kerap untuk membuang air kecil.Pelepasan hormon terjadi sejak implantasi embrio di uterus.


WARNA AREOLA MENJADI GELAP
Jika kulit sekeliling puting payudara anda berwarna hitam,itu buktinya proses persenyawaan anda suda berjaya.Walau bagaimanapun,ini juga mungkin tanda ketidakseimbangkan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, atau bekas dari kehamilan dulu.


Wanita hamil mempunyai ciri-ciri berbeza,bukan itu sahaja mood wanita hamil juga berbagai-bagai,kejap ada yang bahagia,kejap ada yang sensetif  dan sebagainya.Di awal kehamilan pelbagai masalah akan timbul termasuk keguguran.Oleh itu jagalah kandungan dari pelbagai masalah.Elakkan makan dan minum sembarangan serta jaga gerak-geri.


"Semoga ibu dan kandungan sentiasa sihat sehingga bersalin"

Sharing by:









Monday 24 August 2015

10 sebab kenapa saya memilih shaklee sebagai bisnes terbaik

Assalamualaikum semua :)

Mesti ramai lagi d luar sana yang tidak tahu bisnes apa yang terbaik? bisnes online apa yang sesuai ?
Saya dulunya tidaklah berminat tentang bisnes shaklee apatah lagi ianya MLM..Asal dengar MLM mesti takut dan tidak berani mencuba..sebab sy selalu tengok bisnes MLM ni tidak kemana-mana..berusaha macam mana pun mesti upline untung dan syarikat gulung tikar.Dari pengalaman ibu bapa sy juga dulu pernah di tipu bisnes MLM ni.Takut pada bisnes MLM ni lagi kuat..

Syukur Alhamdulillah sy di bukakan hati untuk join bisnes shaklee.fikiran sy pasal MLM shaklee ni sebenarnya tidak sama mcm MLM lain..setelah sy lihat,ikuti perkembangan serta mencuba produk sy semakin berasa yakin berada di dalam bisnes yang betul..


Antara 10 sebab kenapa sy memilih shaklee sebagai bisnes terbaik :

1.MODAL YANG RENDAH
Modal untuk join bisnes shaklee sangat murah,iaitu rm69 sahaja untuk seumur hidup.Suri rumah yang tiada berpendapatan tidak terasa terbeban sangat untuk join keahlian bisnes.Hanya berbekalkan Rm69 boleh suda memulakan bisnes sendiri.

2.SISTEM YANG ADIL 
Sistem bisnes MLM shaklee sangat adil.Tiada istilah downline kerja keras upline goyang kaki dan uplne dapat untung berganda-ganda.Siapa nak berjaya dialah yang kena berusaha.

3.MENTOR YANG RAMAI
Dalam bisnes shaklee ni sangat ramai orang yang berjaya..tinggal kita nak FOLLOW dan DUPLICATE sahaja mereka yang berjaya dalam bisnes ni .

4.BISNES SECARA ONLINE
Sebagai suri rumah,masa untuk keluar rumah memang terhad,kena jaga anak lagi ,jaga rumah tangga lagi mana ada masa untuk jumpa-jumpa orang untuk berbisnes.Tetapi bisnes shaklee ni boleh kita lakukan secara online.share kebaikkan dan kelebihan produk sesama kawan kita secara online..dunia hari ni semakin maju,bisnes semua dihujung jari.Mudahkan..

5.KEBAIKKAN PRODUK
Tidak perlu di sangkal lagi,shaklee antara produk yang sangat terbaik.Shaklee berasaskan bahan semulajadi,shaklee berdaftar dengan KKM so tidak payah takut lagi  dan semestinya ia halal.

6.INCOME BONUS TIDAK TERHAD
Kamu yang tentukan berapa bonus income yang kamu mahukan,boleh jadikan shaklee sebagai income tetap.

7.TIDAK PERLUKAN PERMIS PERNIAGAAN
Sewa kedai yang semakin mahal menyukarkan lagi untuk membuka permis perniagaan,Hanya buat bisnes d rumah sahaja.

8.TAMBAH PAHALA
Tujuan sy bukanlah untuk cari income sahaja,tetapi NIAT untuk terus membantu lebih ramai orang untuk terus sihat dengan produk shaklee.Yang utama adalah kesihatan pelanggan.

9.BOLEH DI WARISI
Bisnes shaklee juga boleh kita wariskan kepada anak cucu kita.

10.PELUANG BISNES YANG SANGAT BESAR
Zaman sekarang orang sangat mementingkan kesihatan dan kecantikkan.Dan  permintaan terhadap produk ni yang bebas kimia dan persekitaran yang memaksa kita sangat memerlukan suplemen.


Sy tidak pernah menyesal atau rugi join bisnes shaklee.Berbagai dugaan di saat kini,tapi sy tetap memilih shaklee sebagai bisnes terbaik sy.Orang cakap tak kenal maka tak cinta..itulah perumpamaan mereka yang tidak join bisnes shaklee yang terbaik ini.LOVE MY SHAKLEE BISNES....

Anda rasa anda perlukan sy untuk join bisnes terbaik ini ? hubungi sy ...

------------------------------------------------
ID :950762
SMS/WHATSAPP :010-7907731
EMAIL:ADINIE_MZ@YAHOO.COM


Monday 17 August 2015

Petua untuk ibu mengandung

Assalamualaikum semua :)




Antara petua yang sering di amalkan dan sangat mudah di ikuti :

Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari,bersihakan dan kisarkan untuk di jadikan jus.Campurkan jus dengan sedikit perahan limau nipis dan sesudu teh gula.Insya-Allah jika di amalkan ia boleh hilangkan rasa loya.

Anak berkulit cerah
Ketika kehamilan,ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau.

Kulit anak bersih
Semasa mengandung amalkan minum air kelapa muda agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar dari masalah ruam.

Atasi rekahan kulit
Strectmark atau rekahan kulit sekitar perut dan paha tidak merekah semasa hamil,amalkan menyapu minyak zaitun setiap kal selepas mandi atau sebelum tidur.

Bengkak kaki
Ambil sedikit badam dan di campur dengan sedikit air masak.Apabila suda hancur dan pekat,sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tika kali.Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur.

Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia enam bulan,amalkan meminum minyak kelapa yang di buat sendiri sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan jika berusia sembilan pula amalkan setiap hari.

Mengembalikan seri muka selepas bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.Seeloknya pada waktu pagi dan malam

Membersihakan rahim
Kisarkan kunyit hidup,halia,air asam jawa dan sedikit gula merah  dan ambil airnya.Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika berpantang.


Saturday 15 August 2015

Tingkatkan daya fokus anak

Assalamualaikum semua :)



Anak kita sangat sukar untuk fokus,dan waktu fokus mereka hanya sekitar dalam 2-3 minit sahaja.Oleh itulah sebab anak kecil kita sangat sukar untuk di ajak membaca buku atau duduk diam.

Situasi sebegini sebenarnya normal di kalangan anak kecil,tetapi sebaiknya harus di latih sejak dari kecil lagi supaya tidak terbawa-bawa sehingga dewasa.Sebenarnya untuk meningkatkan daya fokus mereka kita perlulah mempunyai skill.Cuba pelbagai permainan yang membantu meningkatkan daya fokus mereka.Selain permainan untuk meningkatkan daya fokus anak kecil kita,sebagai ibu bapa kita harus memainkan peranan lebih lagi untuk meningkatkan daya fokus mereka.

TIPS MENINGKATKAN DAYA INGATAN
1.Hadkan menonton television.Menonton terlalu kerap akan mengurangkan daya fokus anak kita,dengan pelbagai rancangan yang di tonton akan menganggu perhatian mereka.

2.Jangan lupa bersarapan.Pastikan jangan lupa anak mengambil sarapan pagi,kajian membuktikan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi,lebih fokus dan lebih pantas memperlajari sesuatu.

3.Galakkan anak untuk mempunyai hobi dan sering melakukan hobinya.

4.Ajak anak membaca bersama.Mungkin di awalnya ada sedikit meragam dan tidak duduk diam tapi lama-kelamaan ia akan suka untuk membaca,pilih buku yang menarik perhatiannya.

5.Bina permainan yang menarik minat anak.Mengunting,mewarna ,suai padan dan pemainan-permainan yang menarik  minat anak kita.

6.Amalkan pemakanan sunnah dan berkahsiat seperti kismis,kekacang ,kurma ,madu  dan sayur-sayuran.

7.Amalkan pengambilan vitamin.Pengambilan vitamin Omega guard shaklee secara konsisten.Omega guard shaklee kaya dengan omega 3 yang kaya DHA dan EPA yang sangat membantu dalam perkembangan otak anak kita.



TESTIMONI 

"Selepas mengamalkan omega guard kini anak puan Shida rajin belajar,cepat faham dan mulut tak reti duduk diam asik mengeja je,pada mulanya anaknya sukar serius dan lambat menghafal dalam pembelajaran"

---------------------------------

PEMBELIAN ,PERTANYAAN DAN KONSULTASI PERCUMA 

NAMA FB : ANIE ADINIE 
ID : 950762
SMS/WHATAPP : 010-7907731
EMAIL : ADINIE_MZ@YAHOO.COM


Wednesday 12 August 2015

Cara tarik minat anak makan sayur-sayuran

Assalamulaikum mommies-mommies


Anak-anak dan sayur umpama musuh,takut dan tidak suka pada sayur-sayuran.Walaupun sering kita ingatkan bahawa sayur-sayuran sangat penting untuk membantu pertumbuhan tumbesaran mereka.Apa yang penting kita sebagai ibu bapa mereka haruslah memainkan peranan penting menjadi lebih kreatif untuk menarik minat anak untuk makan sayur-sayuran.


MASAK BERSAMA ANAK-ANAK
Bawa anak untuk memasak bersama,memberikan peluang untuk anak membantu dan melihat proses memasak.Meminta mereka untuk memotong atau memetik sayuran-sayuran untuk di masak ini akan membuat mereka untuk tertarik untuk mencuba merasa menu yang mereka sediakan.



MEMBELI SAYUR BERSAMA
Rajin bawa anak ke pasar untuk membeli sayur,dan memberikan pelung mereka untuk memilih dan membeli sayur yang mereka suka.Sekembalinya di rumah,anak-anak akan lebih teruja untuk mencuba makan hasil pilihan mereka

BUAT RESEPI BARU
Boleh buat resepi baru untuk anak-anak ataupun ubah resepi kegemarannya dengan menambah sedikit sayuran.Jika anak-anak suka pada sup ayam kita cuba letakkan sedikit hirisan lobak dan potongan sawi atau boleh buatkan sandwich keju dengan sayur salad.


MENU WARNA-WARNI
Menu yang berwarna-warni akan menarik lebih minat anak-anak untuk mencuba,Anak-anak lebih suka sesuatu yang berwarna-warni.Hasilkan minuman dari buah-buahan atau sayur-sayuran dengan pelbagai warna.
BERKEBUN BERSAMA
Bercucuk tanam bersama anak menjadikan aktiviti yang sangat menarik bagi anak-anak.Ini  juga akan menarik minat anak untuk mencuba hasil tanaman mereka.semasa bercucuk tanam bersama anak-anak,ceritakan khasiat sayur-sayuran yang kita tanam dan menu yang sedap untuk d cuba,pastinya anak-anak tidak sabar-sabar untuk menunggu hasil tanaman mereka besar dan mahu mencubanya.

MEMUJI ANAK MAKAN SAYURAN
Memberi pujian kepada anak kita selepas memakan sayur.Memuji mereka semakin membesar dengan sihat atau memuji mereka suda pandai makan lebih sayur,ini akan membuatkan mereka lebih mudah untuk mencuba pelbagai jenis menu sayuran.



Sebagai ibu bapa kita haruslah memainkan peranan pentng untuk menarik lebih minat anak kita untuk makan lebih sayur.Jangan terlalu manjakan anak kita dengan makanan ringgan malah kita lebihkan anak untuk mengambil makanan yang lebih bergizi.


Tuesday 11 August 2015

Cara elakkan gigi anak dari cepat ronggak

Assalamualaikum :)



Kerosakkan gigi sering terjadi di kalangan kanak-kanak,tidak hairanlah kerosakkan gigi bermula pada usia 2 tahun.Namun ia dapat di elakkan dengan mudah dengan beberapa cara.Antaranya :

PERIKSA GIGI
Biasakan membawa anak ke klinik gigi agar tidak takut pada doktor gigi.Biar anak kecil kita dapat tahu tentang kesan buruk malas gosok gigi,makanan manis, dan sebagainya yang boleh merosakkan gigi mereka.

ELAKKAN TIDUR DENGAN BOTOL SUSU
Sebelum tidur mesti ada antara anak-anak yang suka menyusu botol.Untuk elakkan gigi berlubang mommies-mommies boleh tukarkan kepada air putih atau elakkan dari botol susu ada di mulut anak kita semasa tidur.

SEDIAKAN BERUS GIGI
Ketika gigi anak mulai tumbuh,kenalkan berus gigi kepada anak kita,biasakan anak untuk mengunakkannya.Tunjukkan waktu-waktu yang sesua untuk berus gigi untuk biasakan anak kita.

JAUHI MAKANAN MANIS
Semua anak-anak sukakan makanan manis tetapi jika boleh elakkan makanan manis dari anak kita.Makanan manis yang melekat pada gigi sangat berisiko gigi cepat berlubang.


Monday 10 August 2015

5 perkara yang janin belajar ketika dalam kandungan


Assalamualaikum mommy-mommy..

Kehamilan tentunya lebih menyeronokkan apabila janin dalam kandungan sebenarnya mampu memberi tindak balas terhadap persekitarannya.

Janin dalam kandungan belajar terhadap pelbagai
Perkara yang berlaku di sekelilingnya untuk mengeksplorasi kemampuan pancainderanya.Ketika janin berada di trimester ketiga,otak mereka suda boleh berfungsi untuk memberi respon yang berlaku di sekelilingnya.
Antara yang janin belajar ialah makan ,bersenam, bergembira, pandai merasa dan bermimpi.


BELAJAR MAKAN
Sebaik bayi dilahirkan ,bayi akan menguasi cara untuk menghisap puting susu ibu semasa penyususan.Jika diperhatikan betul-betul ketika janin berada di usia 14-16 minggu ,foto-foto yang dirakam menerusi USG ,kita akan melihat janin sedang menghisap ibu jari atau menyuapkan ibu jarinya ke arah mulut.Gambaran sebegitu bukti bahawa janin juga belajar makan sebagai persiapan mereka apabila dilahirkan.

BERSENAM
Sewaktu berusia 20 minggu,ruang rahim yang masih luas dan janin mula membuat gerakkan yang aktif memusing ke atas dan ke bawah.Tetapi ketika berada di usia 30 ke 32 minggu janin semakin membesar dan gerakkan semakin terhad maka janin hanya akan bergerak setempat dan menendang.


BEERGEMBIRA
Sebaik sahaja jari-jari tangan lengkap terbentuk dan dapat digerakkan mengenggam dan memegang  untuk digunakkan untuk bermain dan bergembira di dalam rahim,Apabila ibu memutarkan lagu-lagu tertentu secara berulangan,setelah lahir janin akan mengenali lagu tersebut.

PANDAI MERASA
Pada usia 7 ke 8 minggu,deria rasa janin mulai terbentuk.Pembentukan lengkap akan terjadi pada usia janin ke 14 minggu.Janin mulai boleh membezakkan antara manis,pahit dan masam pada air ketuban.Jika para ibu perasan foto semasa scan kandungan gerakkan janin sedang menjulurkan lidahnya untuk menjilat uri dan danding rahim.

BERMIMPI
Pada usia janin ke 24 ke 30 minggu,janin mulai bermimpi.Janin bermimpi adalah proses persediaan janin untuk berhadapan dengan kehidupan selepas di lahirkan.

Pengambilan makanan bergizi seperti karbohidrat ,lemak ,protein ,vitamin dan mineral membantu perkembangan otak bayi.Elakkan tekanan ketika kehamilan kerana ia akan menganggu perkembangan otak bayi,sering berkomunikasi dengan janin.Janin berusia 26 minggu suda mulai mendengar.Oleh itu ,Semasa kehamilan  kita kena jaga tingkah laku serta perbuatan kita kerana janin mampu merasa yang berlaku disekelilingnya.


Wednesday 5 August 2015

Panduan memilih kasut untuk wanita hamil



Assalam semua mommy..

Memasuki trimester kedua,perubahan fzikal ibu hamil yang ketara dapat dilihat iaitu pada bahagian perut yang semakin membesar malahan saiz kaki juga akan berubah oleh itu pemilihan kasut yang sesuai dipakai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.Pemilihan kasut haruslah yang sangat selesa untuk ibu hamil.

Antara faktor yang harus di ambil berat ketika pemilihan kasut ialah:

KESELAMATAN
Menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyi tapak yang tidak licin bagi mengelakkan ibu hamil dari tergelincir semasa berjalan.Mempunyai tapak kasut yang licin sememangnya mengancam nyawa ibu dan janin.

FLAT DAN TIDAK BERTUMIT
Pemilihan kasut flat sangat sesuai kerana ia boleh digunakan sehingga ibu hamil berada di trimester ketiga.Kasut jenis flat sangat selesa dan selamat.Elakkan memakai sebarang kasut bertumit kerana perut yang semakin memboyot akan menyukarkan kita untuk membalancekan badan ketika berjalan.

SAIZ YANG TEPAT
Memilih kasut jangan terlalu sempit dan jangan terlalu longgar.Berikan juga ruang jari-jari kaki untuk bergerak.Kaki ibu hamil cepat membengkak,jika pemilihan kasut adalah sempit, itu akan menyukarkan lagi ibu hamil untuk berjalan.

TIDAK BERTALI

Memilih kasut tanpa bertali.Semakin besar kandungan semakin sukar untuk ibu hamil untuk memakai kasut yang bertali kerana kandungan semakin  sarat.


Pemilihan kasut yang sesuai memudahkan lagi pergerakkan ibu hamil,Kehamilan tidak menghadkan pergerakkan ibu hamil..ibu hamil masih boleh mencuba pelbagai jenis penampilan seperti sebelum hamil tetapi  menitik beratkan juga kasut yang sesuai semasa kehamilan.

Semoga ia bermanfaat untuk semua para ibu hamil..
Panduan memilih kasut yang sesuai..

Tuesday 4 August 2015

5 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan ketika kehamilan



Salam semua bakal ibu-ibu

Memiliki bayi yang sihat adalah harapan kepada semua ibu, dan pelbagai usaha ibu hamil untuk menjaga kandungan sehingga bersalin.Makanan dan minuman ada juga yang mempengaruhi janin.Makanan dan minuman yang harus  ibu hamil elakkan adalah seperti 

MAKANAN MENTAH 
Elakkan makan makanan mentah seperti sayuran ,ikan dan daging.Makanan mentah mempunyai kandungan bakteria dan virus yang akan menganggu  perkembangan janin apatah lagi ia sering di ambil ketika di awal kandungan yang akan menyebabkan risiko keguguran.



IKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI
Ikan laut antara makan yang sesuai untuk ibu hamil kerana kandungannya kaya dengan  sumber protein dan DHA yang di perlukan untuk perkembangan dan mencergaskan otak janin.Tetapi tidak semua ikan itu baik pada ibu hamil,ikan yang bermerkuri tinggi seperti mackerel atau ikan todak harus di elakkan kerana takut kandungan merkurinya akan menganggu perkembangan otak dan sistem saraf janin.


ALKOHOL
Alkohol sangat di larang oleh ibu hamil kerana alkohol ketika kehamilan alkohol akan menjadi racun kepada janin.Alkohol berpengaruh kepada perkembangan otak janin dan selepas kelahiran bayi akan berisiko tinggi pada masalah IQ.



KAFIEN
Kafien banyak kandunganya di dalam kopi dan teh,minuman berkafien tidak sesuai di ambil oleh ibu hamil.Hasil dari kajian pakar,ibu hamil yang mengambil minuman berkafien ketika kehamilan akan mengakibatkan bayi lahir dengan berat badan yang kecil.


PEMANIS TIRUAN
Ibu hamil sangat tidak di galakkan untuk mengambil pemanis tiruan kerana ia sangat tidak bagus kepada kesihatan pada janin.Sebaiknya ibu hamil di syorkan untuk makan manis-manis hanya dengan buah-buahan segar yang manis,ianya lebih sihat dan kandungan mendapat nutrisi lebih dari buah-buahan segar.

Elakkan 5 jenis makanan dan minuman yang akan menganggu perkembangan dan kesihatan janin.
Sebenarnya ada banyak lagi makanan dan minuman yang tidak baik yang harus di elakkan oleh ibu hamil.Apapun berdoalah selalu agar diberikan kandungan yang sihat. Allah maha mendengar..

Popular Posts

Translate