~ ANIE ADINIE ~

Thursday 27 August 2015

6 tanda awal kehamilan.

Assalamualaikum semua :)


Semua pasangan berkahwin pastinya mahukan zuriat,akan tetapi ramai wanita tidak mengambil tahu tentang tanda-tanda yang sering berlaku di awal kehamilan.Antara tanda-tanda awal kehamilan:


LEWAT DATANG HAID 
Jika biasanya kitaran haid anda teratur,dan jika tiba ia tidak teratur anda harus lakukan ujian kehamilan.Suda umumnya jika lewat datang haid ada berkait rapat dengan kehamilan.


MORNING SICKNESS
Rasa mual dan muntah sering berkaitan rapat dengan kehamilan umumnya.Dan ia akan berlanjutan selama beberapa minggu di awal kehamilan dan ia mungkin sering berlaku pada setiap pagi atau ia berlaku sepanjang hari.

MUDAH LETIH
Di awal kehamilan ini juga wanita sering mudah lelah.Hormon progeseter yang tinggi membuatkan wanita hamil lebih cepat keletihan,biasanya wanita akan menujukkan ciri bermalasan-masalan di tempat tidur.


PAYUDARA BENGKAK 
Seperti kebiasaan waktu hamil waktu haid,payudara wanita juga akan membengkak tetapi sewaktu hamil perkara sama juga akan berlaku dan ketika kehamilan ia akan lebih bengkak dan sakit.

KERAP BUANG AIR KECIL
Wanita hamil akan menghasilkan hormon HCG yang menyebabkan anda kerap untuk membuang air kecil.Pelepasan hormon terjadi sejak implantasi embrio di uterus.


WARNA AREOLA MENJADI GELAP
Jika kulit sekeliling puting payudara anda berwarna hitam,itu buktinya proses persenyawaan anda suda berjaya.Walau bagaimanapun,ini juga mungkin tanda ketidakseimbangkan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, atau bekas dari kehamilan dulu.


Wanita hamil mempunyai ciri-ciri berbeza,bukan itu sahaja mood wanita hamil juga berbagai-bagai,kejap ada yang bahagia,kejap ada yang sensetif  dan sebagainya.Di awal kehamilan pelbagai masalah akan timbul termasuk keguguran.Oleh itu jagalah kandungan dari pelbagai masalah.Elakkan makan dan minum sembarangan serta jaga gerak-geri.


"Semoga ibu dan kandungan sentiasa sihat sehingga bersalin"

Sharing by:









No comments:

Popular Posts

Translate