~ ANIE ADINIE ~

Friday 28 August 2015

10 jenis buah yang sangat sesuai untuk wanita hamil dan kebaikkannya

Assalamualaikum mommies-mommies ...


kehamilan ,buah-buahan

Kehamilan waktu yang sangat bahagia oleh seorang ibu menunggu kehadiran orang baru.Berbagai cara dilakukan seorang ibu agar kandungannya sentiasa sihat.Oleh itu,Sewaktu hamil makanan berkhasiat sangat penting untuk membantu menambahkan vitamin dan kahsiat ke dalam badan.Dari makan snek-snek serta makanan ringgan apa kata cuba untuk lebihkan memakan buah-buahan.Buah-buahan bukan sahaja kaya dengan pelbagai khasiat serta serat,ia sangat di perlukan dalam badan

Beberapa jenis buah-buahan yang sesuai untuk wanita hamil serta kebaikkannya adalah:


BUAH EPAL
Buah Epal mempunyai rasa yang agak lazat.Buah epal juga kaya kandugan vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan vitamin C.Kebaikkannya untuk membantu mensihatkan tubuh badan ibu hamil.



BUAH NAGA 
Dengan namanya yang unik ia menjadi sangat popular di kalangan masyarakat.Di sebalik namanya dan betuknya yang unik ia mempunyai beribu khasiat untuk kesihatan tubuh wanita hamil.


ANGGUR
Buahnya yang kecil,biji yang kecil dan rasa yang agak manis sebenarnya kaya akan antioksidan yang mampu mencegah dar kanser pada tubuh manusia.Buah anggur juga terkandung polifenol dan resveratol yang ternyata membantu melancarkan metabolisme tubuh sangat membantu memberikan lebih tenaga pada ibu hamil.


STRAWBERRY
Buah strawberry ni berwarna merah,rasa masam dan ada juga yang manis.Buah strawberry mengandungi vitamin C,vitamin K ,B5 dan B6.Buah strawberry ini membantu menyegarkan dan mencantikkan kulit, ia juga merangsang nafsu makan ibu hamil dan mencegah bayi lahir preamatur atau lahir cacat.Sesuai di ambil ketika kandungan berada di trimester 1.


JAMBU AIR
Kandungan yang ada pada jambu air ini dipercayai mampu memberikan manfaat bagi ibu hamil untuk membantu melancarkan pencernaan dan menstabilkan sel darah putih.Kandungan vitamin A,C dan juga airnya membantu mengatasi dehidrasi.




BUAH CERI
Buah ceri sama juga saiz dengan buah anggur,namun teksturnya lebih lembut dan rasanya manis.Buah ceri mengandungi vitamin 20 kali ganda berbanding epal.Buah ceri membantu melancarkan perncernaan dan membantu memutihkan dan menyihatkan kulit bayi.




BUAH KURMA
Buah kurma adalah makanan sunnah,Ia mengandungi serat yang agak tinggi.Kandungan Zat besi pada kurma membantu meningkatkan kadar hemologin dalam tubuh ibu hamil.Sangat sesuai ibu hamil amalkan makan setiap hari kerana semasa kehamilan sering anemia.Kurma juga mampu menguatkan dinding rahim.Di akhir trmester ibu hamil harus sentiasa amalkan makan kurma kerana membantu memberikan lebih tenaga dan melancarkan proses kelahiran.




BUAH PISANG 
Pisang kaya dengan sumber vitamin B,C, kalium dan serat.Vitamin B6 yang ada pada psang membantu mempercepatkan pembentukan sel-sel darah merah serta membantu mengembangkan otak dan saraf bayi.Pisang membantu memperbaiki pencernaan juga mencegah sembeli.Di awal trimester sangat digalakkan kerana ia mampu membantu mengatasi masalah mual.




MANGGIS
Manggis memiliki kandungan vitamin C yang berperanan untuk menjaga stamina tubuh samasa kehamilan.Vitamin C juga akan berfungsi untuk menjaga elastisitas kulit yang diakibatkan pertumbuhan janin yang terus membesar.Asid folid yang terkandung dalam manggis membantu mencegah bayi lahir cacat.




MANGGA
Mangga adalah buah yang sangat digemari oleh wanita hamil.Mangga mampu membantu mencegah anemia,membantu melancarkan dan mengawal peredaran darah.Mangga juga mempunyai enzim yang dapat meningkatkan percernaan dan mencegah rasa mual.

Sebenarnya masih banyak lagi buah-buahan yang bagus untuk ibu hamil,tetapi hanya ini sahaja buah yang sy kongsikan dengan anda semua.Boleh pilih ikut selera dan kemahuan kita semasa hamil ni.Ketika kehamilan ini pastinya selera sering berubah-ubah.Semoga ia membantu semua ibu-ibu hamil untuk dapat lebih sumber vitamin dan khasiat melalui buah-buahan pilihan hati.

"Semoga ibu dan janin sentiasa sihat"

Sharing with love by:

No comments:

Popular Posts

Translate