~ ANIE ADINIE ~

Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts

Thursday, 17 November 2016

Tanda-Tanda kolesterol dan tips menurunkan kolesterol

Apa itu kolesterol?

 

Kolesterol merupakan lemak yang terdapat pada sel tubuh mahupun darah yang diproses oleh organ hati kita. Banyak orang menganggap bahwa kolesterol itu tidak baik bagi kesihatan.. Tetapi sebenarnya kolesterol mempunyai peranan penting dalam proses pembentukan dinding sel dan pembentukan hormon. kolesterol mempunyai 2 jenis, HDL dan LDL. 


HDL (High Density Lipopreotein) adalah jenis kolesterol baik yang tidak mengakibatkan terjadinya endapan pada arteri dan berfungsi mencegah adanya plak pada dinding pembuluh darah kita. 


LDL (Low Density Lipoprotein) merupakan kolesterol jahat yang dapat mengakibatkan adanya pengendapan pada arteri, inilah salah satu yang memicu timbulnya penyakit jantung dan juga stroke. 


TANDA-TANDA  KOLESTEROL TINGGI 


kolesterol
timbul biji-biji  putih di bawah mata


❌Sering merasa kebas-kebas pada kaki 

❌Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) 

❌Mudah letih, penat dan cepat mengantuk 

❌Sering berasa sakit kepala. 

❌Kaki membengkak 


CARA MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL TINGGI 


Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan antaranya 

✔Rajin bersenam 

✔Ubah cara pemakanan sihat 

✔Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan

 ✔Makanlah vitamin shaklee (Set kolesterol)


kolesterol



Semoga bermanfaat untuk anda yang mengalami masalah kolesterol tinggi.



--------------------------------------------

Pertanyaan,pembelian atau konsultasi hubungi :

Sms/Wasap : 010-7907731
Email: Adinie_Mz@yahoo.com

Monday, 7 November 2016

Cara-cara menjaga rahim

🌹🌹🌹Cara-cara menjaga rahim🌹🌹🌹

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.
2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.
Di antaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.
Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

Wednesday, 14 January 2015

5 tips Menghilangkan bintik hitam dengan berkesan..

Assalamualaikum~


Bila melihat bintik hitam/putih  yang berada di sekitar muka pasti kita terutama wanita akan runsing untuk menghilangkan.Kerana setiap wanita mengimpikan kulit muka yang bersih,halus,licin dan sihat.

Apa itu bintik hitam (blackhead) ?
Bintik hitam adalah jerawat yang tidak mempunyai kulit. Punca utama bintik hitam ini adalah di sebabkan daripada pemakaian produk berasakan minyak,masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan yang mengandungi toksik dan termasuklah pemakaian produk berasakan bahan kimia berbahaya.


Tips menghilangkan bintik hitam adalah dengan:

MADU
-Sapukan madu di muka terutama bahagian yang mempunyai bintik hitam/putih,biarkan sehingga kering bila suda kering,cuci muka dengan air bersih dan lap hingga kering.

PUTIH TELUR
-Ratakan putih telur di sekitar muka biarkan seketika sehingga kering dan bila suda kering sapukan lagi putih telur ke muka ,Biarkan muka kering kemudian apabila suda kering dan suda terasa muka tegang ambil kain basah yang suam sapu di kawasan muka sehingga bersih.

SUSU SEGAR
-Gunakan cotton bud ,sapukan ke kawasan muka yang mengalami masalah bintik hitam/bintik putih .Amalkan setiap hari sebelum tidur.

UBAT GIGI
-Sapukan ubat gigi di sekitar kawasan muka yang mempunyai bintik hitam/putih sehingga kering kemudian cuci.Amalkan setiap hari.

BERUS GIGI
-Jika semua tips di atas tidak berkesan ,boleh juga cuba kaedah ini.
Gunakan berus bulu lembut,tuangkan sedikit jus limau pada berus gigi dengan satu titik minyak seperti jojoba.Perlahan-lahan berus ke kawasan yang mempunyai bintik hitam kemudian bilas dengan air bersih.


Jika kamu tidak mempunyai waktu untuk mencuba tips-tips di atas ,kamu boleh cuba dengan mengamalkan vitamin semulajadi.Pengambilan secara konsisten membantu menghilangkan bintik hitam.Vitamin semulajadi yang sy maksudkan adalah vitamin Shaklee..


ATAU


SEMOGA SEMUA TIP-TIP BERMANFAAT UNTUK SEMUA,TIDAK CUBA TIDAK TAHU KEBERKESANANNYA.

------------------------------------------------
PEMBELIAN ,PERTANYAAN DAN KONSULTASI HUBUNGI 
SY SID TERHEBAT ANDA :

NAMA FB : ANIE ADINE 
ID:950762
SMS/WHATSAPP 010-7907731
EMAIL:ADINIE_MZ@YAHOO.COM

Monday, 22 December 2014

Cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit senggugut

Assalamualaikum~


Senggugut akan di alami oleh hampir semua golongan wanita,tidak kira umur.Kesakitan senggugut boleh menganggu aktiviti seharian..dan ada juga terpaksa bekerja walaupun sakit senggugut yang amat sangat.Ini ada antara cara yang boleh di gunakkan oleh kaum hawa di luar sana untuk mengurangkan rasa sakit itu..


CARA MUDAH MENGURANGKAN SENGGUGUT:

1.Botol panas
-Air panas di letakkan di dalam botol kemudian letak di bahagian bawah perut untuk mengurangkan rasa kejang pada perut.

2.Tidur
-Tidur untuk mengurangkan rasa sakit dan mendapat rehat yang cukup.

3.Mandi air panas
-Membantu merehatkan otot-otot perut dan menenangkan fikiran kita.

4.Minum banyak air suam
-Untuk menghangatkan dalam badan kita untuk elakkan kekejangan pada perut.

5.Diet yang sihat
-Banyakkan pengambilan sayur-sayuran ,buah-buahan dan banyak minum air masak

6.Berlari atau berjalan
-Kebanyakkan senggugut bermula kerana kurang bersenam.Bersenam dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.Bersenam juga membantu melancarkan aliran darah pada otot sekitar rahim.

7.Pengambilan suplemen secara konsisten
-Pengambilan konsisten boleh mengelakkan dari terkena senggugut.Pengambilan suplemen yang mempunyai kandungan vitamin e ,dan omega-3 sangat di sarankan.

8.Elakan pengambilan alkohol dan minuman berkafien
-Alkohol dan kafien akan membuatkan kekejangan pada perut semakin teruk

9.Berjumpa doktor
-Jika senggugut semakin teruk haruslah untuk berjumpa doktor untuk membuat rawatan susulan.Biasanya senggugut berhubung dengan gangguan seperti endometriosis,peyempitan serviks,malposisi uterus dan sebagainya.


- SEMOGA BERMANFAAT -

Saturday, 25 October 2014

9 TIPS KURUS DENGAN MUDAH

9 TIPS KURUS

Sebenarnya nak kurus tidak lah susah..
Semua orang mampu nak kurus, tak kira muda atau tua, miskin atau kaya.
Yang membezakan adalah displin dalam diri masing-masing.
Displin dalam pengambilan makanan dalam seharian dan senaman sekerap mungkin.





1.JANGAN BERLAPAR
Makanan memberikan kita tenaga, jika kita mengunakan tenaga lebih dari makanan yang kita ambil badan kita akan terkejut dan kadar metabolisme badan kita menjadi lebih rendah.

Dan akan cepat berasa lapar dan kita akan ambil makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.


2.MINUM AIR PUTIH  YANG CUKUP
Air putih yang secukupnya membantu menghidrasikan tubuh badan kita agar ia berfungsi sepenuhnya.Air putih membantu kita mengurangkan selera makan secara semulajadi.


3.JANGAN TINGGAL SARAPAN PAGI 
Jika tidak bersarapan pagi,Kita mungkin akan makan lebih pada waktu makan seterusnya.Metabolisme kita akan menurun sekiranya perut kita kosong untuk jangka waktu yang lama.

Mereka yang sering tinggalkan sarapan pagi cenderung untuk gemuk.


4.MAKAN SECARA PERLAHAN-LAHAN
Nikmati makanan dengan perlahan-lahan dan jangan terlalu gopoh.
Makan sehingga ke cebisan kecil memudahkan makanan untuk di hadam.


5.MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan segar sebanyak mungkin kerana  ianya kaya dengan serat, nutrisi dan juga rendah kalori.


6.AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum atau berkumur-kumur dengan kopi sebelum makan.Cara ini membuatkan tekak menjadi pahit.Dan selera makan kita akan berkurangan.


7.ELAKKAN MINUMAN BERGAS
Minuman bergas mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi.Minuman seperti ini berkalori tinggi.

Minuman bergas sangat tidak bagus pada kesihatan tubuh.


8.PILIH MAKANAN YANG MEMBERIKAN RASA KENYANG LEBIH LAMA
Protein secara semualajadi mengandungi kalori kurang dari lemak.Ia membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama dari karbohidrat.

Sumber protein kurangkan berat badan ideal ialah seperti telur,daging tanpa lemak,ayam tanpa kulit dan susu rendah lemak.
Makanan snek seperti yogurt ,telur rebus , keju dan kepingan ayam belanda juga memberikan kita lebih tenaga dan mampu mengawal rasa lapar kita.



9.TIDUR SECUKUPNYA
Kurang tidur yang menyebabkan kita sering kali lapar dan makan berlebihan atau memilih makanan yang tidak sihat.

Mendapatkan tidur yang secukupnya mendapat tenaga yang diperlukan untuk bersenam dan berkerja pada tahap maksimum.




"SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA YANG MAHU KURUS DENGAN LEBIH MUDAH"

"DISPLINKAN DIRI DENGAN MAKANAN DAN AKTIVITI YANG LEBIH SIHAT"


Popular Posts

Translate