9 TIPS KURUS
Sebenarnya nak kurus tidak lah susah..
Semua orang mampu nak kurus, tak kira muda atau tua, miskin atau kaya.
Yang membezakan adalah displin dalam diri masing-masing.
Displin dalam pengambilan makanan dalam seharian dan senaman sekerap mungkin.
1.JANGAN BERLAPAR
Makanan memberikan kita tenaga, jika kita mengunakan tenaga lebih dari makanan yang kita ambil badan kita akan terkejut dan kadar metabolisme badan kita menjadi lebih rendah.
Dan akan cepat berasa lapar dan kita akan ambil makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.
2.MINUM AIR PUTIH YANG CUKUP
Air putih yang secukupnya membantu menghidrasikan tubuh badan kita agar ia berfungsi sepenuhnya.Air putih membantu kita mengurangkan selera makan secara semulajadi.
3.JANGAN TINGGAL SARAPAN PAGI
Jika tidak bersarapan pagi,Kita mungkin akan makan lebih pada waktu makan seterusnya.Metabolisme kita akan menurun sekiranya perut kita kosong untuk jangka waktu yang lama.
Mereka yang sering tinggalkan sarapan pagi cenderung untuk gemuk.
4.MAKAN SECARA PERLAHAN-LAHAN
Nikmati makanan dengan perlahan-lahan dan jangan terlalu gopoh.
Makan sehingga ke cebisan kecil memudahkan makanan untuk di hadam.
5.MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan segar sebanyak mungkin kerana ianya kaya dengan serat, nutrisi dan juga rendah kalori.
6.AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum atau berkumur-kumur dengan kopi sebelum makan.Cara ini membuatkan tekak menjadi pahit.Dan selera makan kita akan berkurangan.
7.ELAKKAN MINUMAN BERGAS
Minuman bergas mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi.Minuman seperti ini berkalori tinggi.
Minuman bergas sangat tidak bagus pada kesihatan tubuh.
8.PILIH MAKANAN YANG MEMBERIKAN RASA KENYANG LEBIH LAMA
Protein secara semualajadi mengandungi kalori kurang dari lemak.Ia membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama dari karbohidrat.
Sumber protein kurangkan berat badan ideal ialah seperti telur,daging tanpa lemak,ayam tanpa kulit dan susu rendah lemak.
Makanan snek seperti yogurt ,telur rebus , keju dan kepingan ayam belanda juga memberikan kita lebih tenaga dan mampu mengawal rasa lapar kita.
9.TIDUR SECUKUPNYA
Kurang tidur yang menyebabkan kita sering kali lapar dan makan berlebihan atau memilih makanan yang tidak sihat.
Mendapatkan tidur yang secukupnya mendapat tenaga yang diperlukan untuk bersenam dan berkerja pada tahap maksimum.
"SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA YANG MAHU KURUS DENGAN LEBIH MUDAH"
"DISPLINKAN DIRI DENGAN MAKANAN DAN AKTIVITI YANG LEBIH SIHAT"
~ ANIE ADINIE ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum mommies-mommies ... Kehamilan waktu yang sangat bahagia oleh seorang ibu menunggu kehadiran orang baru.Berbagai cara d...
-
Salam semua bakal ibu-ibu Memiliki bayi yang sihat adalah harapan kepada semua ibu, dan pelbagai usaha ibu hamil untuk menjaga kand...
-
ASSALAMUALAIKUM~ SELAMAT PETANG SEMUA ~ Hari tu ada share entry tentang kebaikkan bila berdetox.. Detox sebenarnya sangat pentng untuk...
-
Assalamualaikum~ Promosi vitamin C hampir berada di penghujung semua orang berebut nak beli dan bertanya tentang Vitamin C shaklee ni..Dan...
-
Assalamualaikum~ Sembelit adalah perkara biasa yang sering berlaku pada wanita hamil.Tetapi tahap sembelit ialah berbeza-beza,Ada yan...
No comments:
Post a Comment