~ ANIE ADINIE ~

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Thursday, 27 April 2017

JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga,  mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

#Anie_0107907731
#Motivasi_AnieAdinie

Monday, 13 April 2015

Makan Set Slimming tapi kenapa masih tak kurus?






Assalamualaikum Semua :)

Ada kawan/Customer mengadu kat sy kenapa dah sebulan makan Set Slimming shaklee tapi masih tak ada apa-apa perubahan ? Masih tidak kurus-kurus lagi ? Timbangan berat masih sama.?

"Tak mau lah teruskan makan Set slimming shaklee ni, tak berkesan pun" ,Mesti ada yang akan cakap/berfikiran mcm tu kan?  Apa pun produk kita makan biarpun murah atau pun mahal tiada yang akan membantu menurunkan berat badan kita jika kita tidak ubah cara pemakanan dan pemikiran kita.

Jika kita mahu kurus, elakkan untuk terlalu bergantung dengan suplemen semata-mata . Suplemen bukanlah ubat kurus yang kita makan hari ni minggu depan dah kurang 5-10kg..Proses penurunan berat badan tidak berjaya atau ia akan lambat kerana terlalu bergantung suplemen semata-mata.Untuk mendapat berat badan yang kita idamkan kita perlu konsisten juga dengan amalan gaya hidup sihat.

Suplemen ni hanyalah makanan tambahan yang membantu mempercepatkan kadar metabolisme, menyekat selera makan ,membantu menyingkirkan lemak atau kolesterol dalam badan secara berperingkat.Bukanlah makan hari ni esok dah kurus macam "ERRA FAZIRA" ..No..No..No..!!
Dan mengikut kesesuaian suplemen dalam tubuh badan juga ia mengambil masa  3-6 bulan..Pengambilan Suplemen perlulah di ambil secara konsisten supaya proses tindak balas dalam tubuh cepat.



Untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan, kita juga perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat juga.Antara perkara yang perlu kita ambil berat ialah :


AIR YANG MENCUKUPI
Minum air masak yang mencukupi sangat penting , kerana proses kurus memang perlukan air.Untuk menyerap suplemen set slimming shaklee juga memerlukan air yang mencukupi untuk menyerap ke seluruh tubuh badan kita.Air di minum ketika bangun pagi dalam keadaan perut kosong  juga membantu kita untuk menaikkan kadar metabolisme kita, dan minum air waktu pagi membantu kita membakar kalori.

Elakkan atau kurangkan pengambilan air yang manis atau bergas supaya penerimaan tenaga melalui pembakaran lemak bukan melalui gula.Elakan juga untuk mengambil air sejuk kerana ia mengumpul dan membekukan lemak dalam badan kita.


DIET YANG SEIMBANG
Dalam proses kurus ,diet yang seimbang juga amat penting.Jangan berfikiran "Aaah ! dah ada set slimming ,makan je banyak-banyak nanti dah kenyang baru makan produk slimming" ..Makanlah apa jenama,murah , popular , dan sebagainya ia tidak akan membantu pun., Silap-silap berat badan bertambah pula 5KG..atau

"Saya diet,tak nak makanlah" Ayat ni sering kali kita dengar bila ada di antara kita yang tengah dalam proses kurus.Tidak makan langsung bukanlah cara yang tepat untuk kita berdiet.Jangan biarkan perut kita dalam keadaan yang lapar atau kosong  yang membuatkan kita lemah ,dan tidak bertenaga.Apabila kita dalam keadaan yang terlalu lapar otak akan menghantarkan signal untuk mencari sumber tenaga yang pantas iaitu MAKAN DAN MAKAN ..

Makanlah dalam kuantiti yang sikit tetapi mengikut jadual  makan yang tetap.Yang penting perut tidak berada dalam keadaan lapar yang membuatkan kita bernafsu makan 2X ganda.


LAKUKAN SENAMAN RINGGAN
Salah satu juga bersenam juga amat membantu dalam proses kurus.Bersenam haruslah juga konsisten ye! Bersenam juga membantu menaikkan kadar metabolisme badan kita.Memang ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam..tetapi ambillah masa sekadar 5-10minit melakukan senaman ringgan sepert push up,lari setempat  atau mengemas rumah..mengemas rumah juga bersenam hihi..

KONSISTEN PENGAMBILAN SUPLEMEN
Perlu dingatkan Set slimming shaklee perlulah di ambil secara konsisten,jangan asik terlupa untuk mengambilnya..Setiap produk slimming shaklee mempunyai fungsi dan kebaikkan untuk membantu proses kurus.Seperti Lecithin /Omega guard bertindak membakar dan memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan , Alfalfa/Herblax bertindak sebagai detox yang membuang segala toksik dalam badan dan membersihkan usus manakala ESP /CINCH bertindak sebagai penambah tenaga ,membina otot dan sebagai FIBER bertindak sebagai penganti makanan.

Cara pengambilan suplemen juga harus tepat.Pilihlah pengedar sah shaklee yang benar-benar mahu membantu kita untuk capai proses kurus dengan sempurna.Dan bukan memilih harga yang murah dan membiarkan kita tanpa "Guide" yang betul.Terlalu ramai pengedar sah yang hanya menjual tanpa membantu kita.Jangan terpedaya dengan harga murah sahaja sebaliknya cari yang betul-betul membantu.


Mahu dapatkan produk slimmng shaklee ? Produk yang terbaik SEMULAJADI ,MESRA ALAM DAN BERKESAN. Semoga proses kurus menjadi lebih mudah dengan tips-tips ini..



---------------------------------------
PEMBELIAN ,PERTANYAAN DAN KONSULTASI HUBUNGI
SID TERHEBAT ANDA :
NAMA FB : ANIE ADINIE 
ID : 950762
SMS/WHATSAPP :010-7907731
EMAIL: ADINIE_MZ@YAHOO.COM

Thursday, 22 January 2015

Tips membeli vitamin terbaik untuk diri sendiri

Assalamualaikum~



Ramai orang yang terlalu obses dengan vitamin/suplemen,bukan kerana kepentingan suplemen tetapi ikut dengan pilhan kawan-kawan atau produk Hot..Hanya membeli tanpa memilih kebaikkan yang sesuai pada tubuh badan sendiri.

Jika melihat sekeliling kita,terlalu banyak jenis vitamin yang di jual di pasaran hari ni .Semua orang boleh dapatkan di farmasi ,kedai runcit,pasar raya , secara online dan sebagainya.

Vitamin bukanlah sebagai makanan gantian kepada makanan harian kita.Makanan tambahan ini adalah untuk membentuk makanan dan minuman.Menambahkan nutrisi yang kurang dari makanan yang di ambil.

TIPS MEMILIH VITAMIN

-Pastikan kenapa perlu ambil vitamin tersebut
-Kepentingan vitamin terhadap tubuh badan.
-Kandungan vitamin
-Mendapat kelulusan kkm
-Pengiktifaran halal
-Pastikan ia semulajadi


Semoga tips ni dapat membantu kamu yang tengah memilih nak beli vitamin sesuai untuk diri sendiri,sebaik-baiknya cari lah seller yang boleh memberi konsultasi ketika pengambilan vitamin.Semoga kesihatan kita di tahap optimum dengan mengamalkan pengambilan vitamin C .
Selamat membeli vitamin .~


Thursday, 5 June 2014

JOM BERMASKER ESP+VITA-E

Assalam dan selamat tengah hari..
dah lunch ke ?
Harini tak tahu nak buat apa..
tiba2 tertarik plak masker2 nie..
hah !! ni nak kongsi produk shaklee pun boleh buat masker juga..
jom kita try...



Boleh d pelbagaikan dengan masker2 nie..
ikut kreativiti dan kesukaan anda semua..


CARA 1
-Picitkan VITA-E dan sapu ke seluruh muka sebagai masker dan bilas pada esoknya.

CARA 2
-setengah sudu ESP , Sebiji VITA-E dan 1 sudu Plain yogurt ,campurkan semuanda kemudian sapukan keseluruh muka sebagai masker ,biarkan 10minit-15minit dan bilas..


tapi kalo tidak ada yogurt boleh juga guna air sejuk..


In sha Allah hasilnya mengunakan masker ni  ,kulit mnejadi flawless, licin dan gebu..
wow!!! dah tak perlu lagi Tempek bedak tebal2 sebelum keluar rumah..aawwww~

selamat mencuba ~~


---------------------------------------------------


HUBUNGI SAYA UNTUK PEMBELIAN,PERTANYAAN DAN KONSULTASI PERCUMA;

ANIE  ADINIE
ID:950762
FB: www.facebook.com/moza.Adinie
PAGE: www.facebook.com/AnieAdinieVitaminsStore
PM : www.facebook.com/message/AnieAdinieVitaminsStore
SMS|WHATSAPP : 010-7907731


Popular Posts

Translate