~ ANIE ADINIE ~

Thursday, 1 October 2015

Tips mudah untuk kembali langsing selepas melahirkan.

Assalamualaikum ~


tips kurus selepas bersalin

Selepas bersalin,ramai para ibu yang bimbang pada bentuk badan yang banyak berubah sejak hamil,jika sebelum hamil bentuk badan kurus dan cantik dan sekarang suda bertukar bentuk badan yang besar dan berisi.Ramai yang cakap sangat susah untuk langsing kembali dan beranggapan tidak mungkin akan kurus seperti dulu.Jangan mengalah sebelum mencuba ye mommy semua..

9 tips mudah untuk kembali langsing selepas melahirkan
MENYUSU
Menyusu bayi bukan sahaja kesan positif kepada bayi anda,tetapi ia juga sebenarnya membantu anda kembali langsing.Menyusu bayi adalah cara mudah dan murah untuk kembali langsing selepas melahirkan.
Lemak yang tersimpan di tubuh para mommy akan membantu memproses air susu.jika makin kerap bayi menyusu maka semakin cepat terproses air susu maka timbunan lemak pada tubuh akan hilang.

MENJAGA  ANAK SENDIRI
Menjaga anak sendiri tanpa perlu bantuan baby sitteradalah cara mudah untuk cepat langsing.Melakukan sendiri segala keperluan bayi ,dari  memandikan ,mengantikan pampers,menidurkan bayi , mendukung bayi ,menyusu bayi ,bermain bersama bayi dan sebagainya. Ini memerlukan tenaga yang banyak untuk menguruskan bayi.Lebih banyak kerja yang di lakukan lebih banyak kalori di bakar.

NAIK TURUN TANGGA

Turun naik tangga juga dapat membantu membakar lemak pada tubuh kita.Malah disamping itu ia membantu menguatkan otot paha,kaki dan perut.Cukup mudah dan senang di lakukan di dalam rumah.

PUSH UP DI BILIK TIDUR

Sementara bayi anda masih tidur,kamu boleh push up di bilik tidur.Jadikan push up sebagai rutin kita.Push up akan membantu mengencangkan perut dan membantu menghakis pelahan-lahan lemak pada perut kita.

BERENANG

Cuba aktiviti berenang bersama si kecil anda serta bawa bersama suami,pasti aktiviti ini akan menyeronokkan.Saat kita berenang ada suami yang tolong jagakan si kecil.Berenang membantu mengembalikkan bentuk tubuh.

MELAKUKAN KERJA-KERJA RUMAH
Melakukan kerja-kerja pembersihan rumah setiap hari,Dari mencuci ,menjemur, mengemas dan memasak.Atur segala kerja-kerja rumah secara displin,bukan sahaja rumah bersih malah ini akan membantu lagi membakar kalori tubuh kita.

RELAX
Untuk kembali kurus,kita perlulah bertenang dan jangan terburu-buru.Untuk langsing kita perlukan waktu tidak dapat langsing dengan waktu yang singkat.Jika boleh jangan terlalu memaksa diri dan berharap akan langsing dengan cepat.

MAKAN KUANTTI SEDIKIT
Hindari makan terlalu banyak. Mengambil makanan dalam kuantiti sikit tetapi kerap,Contoh makan 5-6 kali. Jangan tunggu lapar baru mahu makan ini akan menyebabkan kita cenderung untuk makan lebih banyak.

BANYAKKAN PENGAMBILAN AIR MASAK
Pengambilan air yang mencukupi amat penting kerana air mampu melancarkan fungsi organ dalam tubuh,Air juga penting untuk membantu kita untuk menurunkan berat badan untuk membantu melancarkan pencernaan dan mengurangkan nafsu makan.

Bukanlah perkara mudah untuk kembali langsing selepas bersalin dalam masa yang singkat,Tetapi dengan mengamalkan tips-tips di atas ,mudah-mudahan para mommy akan kembali langsing seperti anak dara.


Popular Posts

Translate