Ramadan hampir ke penghujungnya...Hari Raya bakal tiba...
Mesti semua sibuk menyiapkan persiapan hari raya kan?
Beli baju baru,kasut baru , tudung baru, langsir baru dan sebagainya..
Tapi dalam kesibukkan tu jangan lupa untuk bayar zakat...
Dalam kegembiraan kita nak smbut hari raya jangan lupa juga pada mereka yang tidak senasib dengan kita...
Berzakatlah kita..bantu Orang susah tidak harus di lupakan juga...
BERZAKAT
Dari segi bahasa:
Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang
Pengertian "bersih dan suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain zakat juga membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang lain.
Dari segi istilah syarak:
Sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu.
(credit to: http://www.zakatpahang.my/v2/ZakatPengertianPengertianZakat.aspx)
KELEBIHAN MEMBAYAR BERZAKAT
1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.
2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.
3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…
[CREDIT TO : baitulmuslim.com - kewangan]
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal shalih, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka dapat pahala di sisi Tuhannnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Al Baqarah: 277)
" BERZAKAT MEMBAWA BERKAT "
No comments:
Post a Comment