~ ANIE ADINIE ~

Saturday 12 July 2014

ZIKIRLAH UNTUK MENDAPAT KETENANGAN HATI


Assalamualaikum ..!!
Harini nak cerita lah tentang zikir...Suatu ketika dulu sy jarang berzikir,mmg dari sekolah lagi ustaz/ustazah ada juga cerita pasal kelebihan berzikir ni ..tp biasalah masih budak2 buat tak endah je pasal zikir-zikir nie...cuma SOLAT je yang penting..Astagfirullah..!!kecil betul pemikiran...
Alhamdulilah , dah serius dalam bisnes shaklee ni baru terbuka hati nak berzikir selalu...sebab mentor2 dan upline sy selalu share pasal zikir2 ni...dan di situ lah sy mula tertarik dengan zikir-zikir ni..(Syukurlah nampak perubahan dalam diri)..
Alhamdulilah , Sy amalkan zikir ni setiap hari...terkumat-kamit juga lah mulut ni nak berzikir..Sy dapat rasa kebaikkan zikir ni dalam diri sy sendiri,that y sy amalkan..selalu kalo dalam kesusahan mesti sy akan moody,tiada sale mulalah sy down,mo closing hujung bulan mesti moody sebab nak closingkan(penentuan bonus bulan depan)..pendek kata moody terus..Tp syukur setelah amalkan zikir2 ni..hati dan fikiran sentiasa senang...taklah rasa terbeban macam d hempap batu...Seriously!!


"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat." 
Al-A'laa 14-15

Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.


KELEBIHAN BILA BERZIKIR:

1)Mendapat keredaan ALLAH dan memperolihi ketenangan pada hati serta dapat merasa kelazatan iman.2)Mendapat kasih sayang ,kecintaan serta keampunan daripada ALLAH S.W.T,serta dimurahi rezeki3)Mendapat pembelaan daripada ALLAH S.W.T apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.4)Menghampiri diri kepada ALLAH serta membuka seluas luasnya pintu masuk segala kebaikan.5)Mendapat penghormatan dan kemuliaan dan doa dari daripada sekelian malaikat6)Dapat merasa keagungan kebesaran kehebatan dan kekuasaankerajaan ALLAH S.W.T.7)Mendapat nur(cahaya) daripada ALLAHS.W.T di dunia dan ketika berada di alam barzakh dan ketika melalui titian sirat kelak.8)Menjadi pendinding dan perisai dari seksa neraka.9)Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan juga sifat buruk juga niat seseorang.

ZIKIR HARIAN YANG BOLEH DI AMALKAN:
  • Istighfar 100x
  • Selawat 100x
  • Astagfirullah 100x 
  • Ya latif 300x
  • Ya wahab 300x
  • La hau La wala 100x



SELAMAT BERZIKIR..!!
AMALKAN SETIAP HARI.!!
IN SHA ALLAH MENDAPAT KETENANGAN DALAM HATI !!



No comments:

Popular Posts

Translate