~ ANIE ADINIE ~

Monday 22 December 2014

Cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit senggugut

Assalamualaikum~


Senggugut akan di alami oleh hampir semua golongan wanita,tidak kira umur.Kesakitan senggugut boleh menganggu aktiviti seharian..dan ada juga terpaksa bekerja walaupun sakit senggugut yang amat sangat.Ini ada antara cara yang boleh di gunakkan oleh kaum hawa di luar sana untuk mengurangkan rasa sakit itu..


CARA MUDAH MENGURANGKAN SENGGUGUT:

1.Botol panas
-Air panas di letakkan di dalam botol kemudian letak di bahagian bawah perut untuk mengurangkan rasa kejang pada perut.

2.Tidur
-Tidur untuk mengurangkan rasa sakit dan mendapat rehat yang cukup.

3.Mandi air panas
-Membantu merehatkan otot-otot perut dan menenangkan fikiran kita.

4.Minum banyak air suam
-Untuk menghangatkan dalam badan kita untuk elakkan kekejangan pada perut.

5.Diet yang sihat
-Banyakkan pengambilan sayur-sayuran ,buah-buahan dan banyak minum air masak

6.Berlari atau berjalan
-Kebanyakkan senggugut bermula kerana kurang bersenam.Bersenam dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.Bersenam juga membantu melancarkan aliran darah pada otot sekitar rahim.

7.Pengambilan suplemen secara konsisten
-Pengambilan konsisten boleh mengelakkan dari terkena senggugut.Pengambilan suplemen yang mempunyai kandungan vitamin e ,dan omega-3 sangat di sarankan.

8.Elakan pengambilan alkohol dan minuman berkafien
-Alkohol dan kafien akan membuatkan kekejangan pada perut semakin teruk

9.Berjumpa doktor
-Jika senggugut semakin teruk haruslah untuk berjumpa doktor untuk membuat rawatan susulan.Biasanya senggugut berhubung dengan gangguan seperti endometriosis,peyempitan serviks,malposisi uterus dan sebagainya.


- SEMOGA BERMANFAAT -

No comments:

Popular Posts

Translate